Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin dijangka dituduh hari ini

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dijangka berdepan tuduhan di Mahkamah Sesyen pagi ini.

Mengikut sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad akan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, jam 9 pagi.

Berdasarkan jemputan media semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa bekas setiausaha politik dan seorang pemilik syarikat di Mahkamah Sesyen di sini serta Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.



Pemilik syarikat berkenaan dipercayai anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Pada 24 April lalu, media melaporkan anak Mohd Shukri antara enam individu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut direman, pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di Perlis sejak 2022.



Anak menteri besar itu bersama empat lagi dilepaskan dengan jaminan sebaik tempoh reman tamat pada 26 April lalu.

Empat hari selepas itu, SPRM memanggil Mohd Shukri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker