LRT buat hal awal pagi, ramai lambat masuk kerja

LRT buat hal awal pagi, ramai lambat masuk kerja

Keadaan sesak dengan orang ramai di beberapa stesen transit aliran ringan (LRT) akibat kelewatan ketibaan tren LRT laluan Kelana Jaya yang berpunca daripada gangguan suis landasan tersebut.

Gangguan yang bermula kira-kira sejak pukul 8 pagi, berpunca daripada kegagalan suis landasan LRT stesen Kelana Jaya dan stesen Taman Bahagia sehingga menganggu perjalanan menuju ke kedua-dua arah Putra Height dan Gombak.

Selain itu, gangguan yang berlaku pada waktu puncak itu juga menyusahkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam berkenaan menuju ke tempat kerja masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di stesen LRT Pasar Seni mendapati, suasana sesak dan padat dengan orang ramai serta beberapa barisan panjang terpaksa dibuat bermula daripada pertukaran tren transit aliran deras (MRT) ke LRT.

Selain itu, gangguan yang tidak terjangka itu turut menyebabkan sebahagian orang ramai terpaksa berpatah balik dan membuat keputusan untuk bekerja dari rumah akibat kegagalan mereka untuk tiba ke destinasi masing-masing. K Online

LRT buat hal awal pagi, ramai lambat masuk kerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker