Hospital di utara tanah air kekurangan doktor, pesakit terpaksa menunggu sehingga 5 jam

PETALING JAYA – Sebuah hospital di utara tanah air mendakwa mengalami masalah kekurangan doktor sehingga pesakit terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sebuah notis tular di aplikasi X, doktor di hospital berkenaan juga mendakwa terpaksa bekerja lebih masa sehingga jatuh sakit.

“Harap maaf, kami mengalami masalah kekurangan doktor. Masa menunggu mungkin sampai lima jam. Doktor kami bekerja sampai hendak pengsan dan ada yang sakit pun masih bekerja.

“Malah, ada yang sudah letak jawatan dan bekerja di (hospital) swasta,” tulis notis tersebut.

Dalam notis sama, para pekerja di hospital berkenaan juga meminta agar pesakit sabar menunggu dan faham akan beban tugas yang terpaksa digalas oleh doktor bertugas.

“Kami ingin berkhidmat kepada rakyat. Tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Kami minta maaf,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa kasihan dan bersimpati terhadap nasib doktor yang bertugas di hospital kerajaan.

“Saya ada kawan yang kerja hospital sama. Saya susah nak nampak dia di rumah. Balik sempat tidur 3 hingga 4 jam sahaja. Tengah malam kadang-kadang terpaksa pergi hospital,” kata Farah.

“Baru sahaja dengar cerita tentang doktor yang ramai berpindah ke sektor swasta, kebanyakannya sebab bebanan kerja dan layanan senior yang biadab,” kata Awin.

“Isu ini dari dahulu tak selesai. Mohon kerajaan tunaikan tanggungjawab. Ini isu besar, tidak boleh bawa main,” kata Zamir.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,500 tanda suka dan 294,000 bacaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker