Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam

Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam

Pelakon Ramona Zamzam tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir artis dan pempengaruh yang secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tentang nasib rakyat Palestin selepas berdepan dengan ancaman boikot, Blackout 2024.

Ramona, 33, berkata, sebelum ini terdapat beberapa artis yang tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang nasib rakyat Palestin sehinggalah nama mereka berada dalam ‘senarai hitam’.



“Sesetengah artis sebelum ini tidak pernah sekali pun berkongsi tentang ini. Sekarang sudah masuk senarai boikot, baru terhegeh-hegeh.

“Tetapi tahu atau tidak, saya tidak mempercayai kerana ada yang tidak ikhlas dan tidak ambil peduli.

“Tidak terpedaya dengan perkongsian saat akhir. Sekarang baru nak cakap mengenai Gaza pada masa kini kalian semua perlu bercakap tentang ini di platform masing-masing.

“Memang bukan anda semua yang teraniaya. Kalian semua hanya memikirkan soal wang dan populariti. Tidak mempedulikan tentang nasib kanak-kanak di sana,” katanya dalam satu perkongsian Instagram.



Pelakon filem Sepah The Movie itu turut menasihatkan agar pengguna media sosial tidak mengeluarkan kenyataan negatif di platform media sosial artis yang terlibat.

Baginya, tindakan tersebut tidak mencerminkan tujuan sebenar tindakan boikot itu dilakukan.

“Netizen tidak perlu hendak maki, kecam di platform mereka. Jika benar ikhlas dengan tujuan untuk sekat mereka. Lakukan secara profesional.

“Sama juga seperti boikot kedai minuman popular sebelum ini. Tidak perlu untuk menjatuhkan maruah orang. Tidakkah anda sedar itu perbuatan bodoh?



“Terpaling suci kau pergi kacau orang yang tengah kerja? Fikir kesan yang berlaku sebelum bertindak,” katanya.

Untuk info, seramai 20 selebriti tanah air dinamakan dalam gerakan Blackout 2024 selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan jenama penyokong Israel.

Antara selebriti Malaysia yang berada dalam senarai sama ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Susulan itu, netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti-selebriti terbabit. K Online



Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker