Menteri maklumkan pokok besar yang tumbang di Jalan Sultan Ismail berusia 50 tahun
Pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini, petang tadi, menyebabkan seorang mangsa terbunuh, manakala dua lagi cedera ketika hujan lebat petang tadi, dikenal pasti sudah berusia lebih 50 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.
“Pokok yang tumbang hari ini kita kesan adalah pokok lama, berusia lebih 50 tahun yang berada di bawah pemantauan pihak swasta.
“Kita juga telah mengenal pasti banyak pokok berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun di ibu negara yang mana pokok-pokok ini hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Zaliha berkata, DBKL juga akan melihat garis panduan yang perlu diambil agar memastikan pokok-pokok sudah tua ini diambil bagi keselamatan orang awam.
Katanya, pemantauan akan dilakukan bagi mengesan berapa banyak pokok tua yang ada di ibu negara.
“Buat masa ini, kita tidak ada data berapa banyak pokok tua tetapi pemantauan akan dilakukan,” katanya
Dalam pada itu, beliau berkata, perbincangan masih dilakukan berhubung pemberian pampasan kepada mangsa-mangsa terlibat.
“DBKL kebiasaan akan ambil tindakan dalam mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya,” katanya.
Katanya, kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dijangka selesai selewat-lewatnya malam ini.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- GRS tolak pelawaan Muhyiddin untuk kerjasama dengan PN
- Polis cari dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu [VIDEO]
- Ruhainies mengaku sudah putus selamanya dengan Aliff Aziz
- Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]
- Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut
- SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka
Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]
Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah
You must be logged in to post a comment.