SPRM tangkap pegawai kanan agensi kerajaan buat tuntutan palsu

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan semalam kerana dipercayai membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40an yang berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“Pegawai terbabit dipercayai melakukan pemalsuan itu tahun lepas dan juga tahun ini, yang berkaitan dengan pelbagai program anjuran Kada,” kata sumber, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, lelaki tersebut telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker