Komando Ming Youn patut jadi inspirasi bukan Bumiputera sertai tentera

Mengikut statistik Kementerian Pertahanan seperti dikongsikan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada tahun lalu, penyertaan bukan Bumiputera dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) begitu rendah, iaitu sekitar tiga peratus.

Jumlah itu amat kecil berbanding sasaran ATM, sekurang-kurangnya lebih 10 peratus bukan Bumiputera menyertai pasukan keselamatan negara.

Pelbagai usaha dilakukan kementerian untuk menarik lebih ramai bukan Bumiputera menyertai ATM, termasuk gaji ditawarkan sekarang agak baik, selain terdapat banyak kemudahan disediakan.

Ketika ini juga tiada isu anggota atau pegawai tentera mahu melanjutkan pelajaran atau mengembangkan karier masing-masing kerana jawatan di ATM bukan hanya berdasarkan fizikal semata-mata.

Ming Youn (kanan) berkata, minatnya untuk menyertai latihan komando itu wujud selepas mengikuti program Askar Wataniah semasa menuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman. - Foto FB
Ming Youn (kanan) berkata, minatnya untuk menyertai latihan komando itu wujud selepas mengikuti program Askar Wataniah semasa menuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman. – Foto FB

Namun, antara punca bukan Bumiputera enggan memasuki ATM disebabkan faktor gaji rendah atau tidak setara berbanding ditawarkan sektor swasta.

Selain itu, wujud tanggapan negatif terhadap perkhidmatan pasukan berkenaan dikatakan bertaraf kelas rendah, mengutamakan Bumiputera dan Melayu, selain enggan hidup dikawal mengikut undang-undang ketenteraan.

Bagaimanapun, di sebalik semua tanggapan negatif itu, seorang pemuda, Leftenan Muda Chan Ming Youn ternyata menongkah arus apabila menjadi penuntut tunggal kaum Cina berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando, semalam.

Ming Youn, 25, anak kelahiran Kuala Lumpur dikatakan teruja menyertai latihan komando selepas mengikuti program Askar Wataniah ketika menuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Graduan jurusan perakaunan itu sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ketenteraan, namun segala-galanya berubah ketika menyertai Askar Wataniah.

Jika diteliti penjelasannya mengapa tertarik untuk menyertai tentera dan paling luar biasa menjadi komando, ia menjelaskan kepada kita bahawa segala tanggapan negatif terhadap perkhidmatan ketenteraan jauh meleset sama sekali.

Tidak keterlaluan jika hendak dikatakan, keputusan Ming Youn menjadi komando bukti bidang ketenteraan sebenarnya melangkaui tembok perkauman dan bangsa. Soal kaum dan wang ringgit bukan halangan kepada mana-mana warganegara Malaysia untuk menyertai angkatan tentera.

Kisah kejayaan Ming Youn menjadi penuntut tunggal berbangsa Cina berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando seharusnya menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda Malaysia, khasnya pemuda Cina dan bukan Bumiputera lain bahawa ATM bukan hanya untuk satu kaum saja, tetapi bagi seluruh rakyat Malaysia yang layak dan patriotik.

Ia menjadi satu lagi episod manis dalam sejarah negara terutama ATM betapa tembok perkauman mampu diruntuhkan jika seseorang memiliki semangat tinggi, berjiwa kental dan sanggup menempuh cabaran berbekal semangat ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker