Presiden MIC seru masyarakat India sokong Kerajaan Perpaduan di PRK Kuala Kubu Bharu
Masyarakat India setempat yang mengundi untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini perlu bijak membuat pilihan bagi menghantar mesej yang betul, kata Presiden MIC, SA Vigneswaran.
Katanya, mereka patut mengundi calon kerajaan perpaduan pada PRK ini bagi membuka lebih banyak jalan kepada kerajaan membantu mereka pada masa depan.
Menurut Vigneswaran, MIC sedar ada isu yang belum selesai di Kuala Kubu Bharu sehingga sesetengah pengundi berasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
Pada masa sama, katanya, mereka perlu sedar jika calon kerajaan kalah tidak ada apa-apa yang berubah termasuk kedudukan pentadbiran PH-BN di Selangor atau Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“Sebab itu pengundi perlu bijak membuat pilihan yang tepat iaitu memberikan sokongan kepada PH pada PRK ini,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.
Mengulas lanjut, bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu memberitahu kemenangan PH-BN di Kuala Kubu Bharu melalui sokongan pengundi India akan memberi kelebihan kepada wakil rakyat India yang berada dalam kerajaan.
Dengan kedudukan sebegitu, katanya, wakil-wakil rakyat India boleh meminta kerajaan menambahkan lagi bantuan, peruntukan dan rancangan pembangunan kepada masyarakat India.
“Sekiranya masyarakat India berasa kerajaan masih tidak menunaikan janji yang diberikan kali ini, mereka boleh buat keputusan (mengubah sokongan) pada PRU akan datang…. tapi, bukan sekarang,” katanya.
Kawasan kerusi campuran
Kempen PRK Kuala Kubu Bharu akan bermula secara rasmi pagi ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan penerimaan pencalonan. Kempen akan berlangsung selama dua minggu sebelum hari pengundian pada 11 Mei ini.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, yang memenangi kerusi tersebut sejak 2013.
PH-BN menampilkan Pang Sock Tao manakala PN mempertaruhkan pemimpin Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.
Untuk rekod sebelum ini MIC menyatakan pendirian mereka untuk tidak terlibat dalam kempen memenangkan calon kerajaan atas alasan ia tidak melibatkan calon BN.
Bagaimanapun MIC mengambil pendirian sebaliknya dengan melancarkan bilik gerakan mereka pada 24 April lalu.
Menurut Vigneswaran kemenangan calon selain PH-BN pada 11 Mei nanti mungkin akan menjejaskan rancangan kerajaan untuk masyarakat India di Kuala Kubu Bharu.
Semalam sebuah badan yang mendakwa mewakili pekerja dari lima ladang memberi syarat kepada mana-mana calon yang bertanding supaya menandatangani perakuan berkanun (SD) sebelum mendapat undi mereka.
Kata dua tersebut diberikan atas alasan mereka tidak berpuas hati atas kegagalan beberapa isu setempat diselesaikan.
Ketiadaan menteri dalam kalangan kaum India susulan rombakan kabinet pada Dis lalu juga didakwa menjadi antara punca rasa tidak puas hati masyarakat berkenaan kepada kerajaan.
Beberapa pihak yang terdiri daripada bekas menteri, bekas pemimpin dan sekutu PH, serta wakil NGO juga turut menggerakkan kempen “menikam” Anwar dengan menyeru pengundi India memboikot PRK sebagai cara untuk membantah tindakan kerajaan yang mengabaikan masyarakat India.
Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran. Daripada 40,226 pemilih berdaftar 49.3 peratus adalah Melayu, didikuti 30.6 peratus Cina dan 17.9 India manakala selebihnya bangsa lain.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Ruhainies mahu bersemuka dengan Bella, Sarah
- Bertengkar sampai langgar kereta jiran
- Tak sampai 2 tahun, kerajaan PN Perlis dah terpalit siasatan SPRM
- PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Melayu vs Calon Cina, yang mana pilihan pengundi?
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
- Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)
- Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Ruhainies jangan kaitkan nama saya – Chacha Maembong
- Bruce Gilley ‘cabut’ balik, dakwa Malaysia tak selamat
- Akmal bidas Adun Bersatu, Aleef Yusof
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular
Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung
Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan