Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?

Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?

BEBERAPA tahun kebelakangan ini, kita melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula mengambil tindakan drastik dengan menyiasat tokoh-tokoh ternama serta individu berpengaruh yang disyaki terbabit rasuah.

Malah, ada antara mereka ini sudah didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman kerana terbukti terbabit rasuah.

Saudara pengarang, tindakan SPRM ini juga bertepatan dengan hasrat rakyat yang mahu ‘jerung-jerung’ ini disiasat dan didakwa jika terbukti terbabit rasuah.

Ini juga kerana ada beberapa soalan ‘sembang kopi’ yang membelenggu masyarakat mengenai bagaimana mereka mampu mengumpul kekayaan luar biasa sedangkan negara juga ‘bergelut’ untuk meningkatkan kadar pendapatan negara setiap tahun ditambah krisis kewangan dunia selain rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup saban tahun.

Siasatan ke atas individu-individu ini juga berkait rapat dengan pendedahan bahawa mereka memiliki harta yang melampau banyaknya dan hidup mewah.

Baru-baru ini juga, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad acap kali mengeluarkan kenyataan membela anak-anaknya susulan siasatan dijalankan SPRM.

Amat pelik apabila Tun M ini mempertikaikan siasatan dijalankan SPRM sedangkan beliau juga yang memperjuangkan konsep Rule of Law sebaik parti komponen dibawah pimpinan beliau memenangi pilihan raya umum ke-14.

Apa yang menjadi kemusykilan, sebagai rakyat saya sendiri menjadi ragu-ragu sama ada Tun M ini yang pernah menjadi orang nombor satu dalam pentadbiran negara bagi tempoh yang lama, memahami konsep Rule of Law yang beliau sendiri canangkan.

Atau, Tun M mula berpura-pura kurang bijak apabila anaknya yang disiasat. Takkan beliau tidak tahu, siasatan mana-mana agensi penguat kuasa bukan satu bentuk hukuman kerana hukuman ditentukan oleh mahkamah.

Sesiapa yang didakwa di mahkamah mempunyai hak untuk membela diri dan seseorang itu kekal tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Kepada Tun M, bertenanglah. Anda orang terpelajar, tak perlu takut dengan siasatan ini kerana Malaysia bukan mengikut hukum rimba melainkan jika takut siasatan dijalankan akan menyingkap sesuatu yang mungkin terselindung sekian lama. Utv

Ahmad Ibrahim Hussein
Alor Setar, Kedah

Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker