Zafrul mohon kebenaran failkan afidavit betulkan fakta afidavit Zahid
Zafrul mohon kebenaran failkan afidavit betulkan fakta afidavit Zahid
Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon kebenaran untuk memfailkan afidavit yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Peguam Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri daripada firma guaman Cecil Abraham & Partners itu menghantar surat berkenaan kepada mahkamah hakim sivil Amarjeet Singh hari ini.
Minggu lalu, Tengku Zafrul mendakwa terdapat kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjara yang dijatuhkan digantikan dengan tahanan rumah.
Menurut surat itu, peguam Tengku Zafrul berkata bahawa mereka mempunyai arahan untuk memfailkan afidavit tersebut bagi menangani secara khusus perenggan 6 affidavit Zahid kerana ‘ketidaktepatan fakta’ yang dikatakan perlu diperbetulkan.
“Untuk rekod, kami selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil sebarang pendirian mengenai merit mengenai pertikaian antara pihak-pihak bertelagah.
“Anak guam kami hanya ingin memastikan bahawa fakta-fakta diletakkan dengan tepat di depan mahkamah yang mulia ini secara berkecuali,” kata peguam itu.
Seorang anggota peguam Najib mengesahkan bahawa mereka telah diserahkan salinan surat berkenaan. Mk
Zafrul mohon kebenaran failkan afidavit betulkan fakta afidavit Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?
You must be logged in to post a comment.