Bella tenang saja dengan skandal terbaru suaminya

Bella tenang saja dengan skandal terbaru suaminya

KETIKA nama suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz sekali lagi meledak kerana isu kecurangan, pelakon Bella Astillah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun respons terhadap perkara tersebut dalam media sosial.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sebaliknya hanya memuat naik video sedang menyiapkan anak lelakinya, Ayden Adrean ke sekolah pagi tadi.



Dalam pada itu, Bella juga turut mengulang siar perkongsian pelakon Rozita Che Wan iaitu petikan mengenai jangan menagih hubungan cinta dengan seseorang beberapa jam sebelum isu kecurangan Aliff dengan seorang wanita bernama Sarah Yasmine tular.

Jangan sesekali merayu untuk jalinkan persahabatan atau hubungan dengan seseorang.

“Kalau awak tak dapat usaha yang sama, buang sahaja mereka,” kata petikan yang dipercayai daripada pelakon terkenal, Rowan Atkinson.

Manakala, usaha HibGlam mendapatkan respons Bella berhubung isu tersebut masih belum berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak berbalas.



Hari ini, pengguna media sosial sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita warganegara Singapura iaitu Sarah yang mendedahkan dirinya sebagai ‘kekasih gelap’ kepada Aliff selain mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Dakwa Sarah, pendedahan tersebut dilakukan kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Bukan itu sahaja, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Sarah turut memuat naik video Aliff mencium pipinya sambil menyebut ‘I love you’. HG



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker