Anwar bidas Israel, kebiadaban Zionis punca serangan dari Iran

PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pelancaran dron oleh Iran terhadap Israel merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab rejim Zionis terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.

Bagaimanapun, Anwar berkata Malaysia berpuas hati dengan jaminan yang diberi kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel.

“Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.

“Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa -apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel.



“Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara pagi semalam yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri 1, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Mohamad Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Kata Anwar, setakat ini, perkembangan di Timur Tengah hanya memberikan kesan yang kecil kepada negara.

“BSKL dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau.



“Walau apapun, kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin.

“Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama,:-” jelasmya.

Menurutnya, kunci penyelesaian kepada isu ini ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza.

“Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain.



“Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan,” jelasnya.

Menurut Anwar, Malaysia akan menghantar sumbangan terbaru sebanyak 100 kontena bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dijangka berlepas pada 27 April ini.

Pada 14 April lalu, Iran melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu di wilayah diduduki Israel.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IIRGC) berkata ia turut melancarkan peluru berpandu balistik pada sasaran tertentu di Israel sebagai sebahagian daripada “Operation True Promise”.



Pelancaran dron itu sebagai tindak balas serangan Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1 April yang mengorbankan tujuh pegawai pengawal termasuk dua komander kanannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker