Israel bersedia serang Iran

Tentera udara Israel dilaporkan sudah memuktamadkan persiapan untuk kemungkinan melakukan serangan balas ke atas Iran, menurut media tempatan pada Isnin.

Penyiar awam Israel, KAN, berkata Tel Aviv juga sedang merancang ‘tindak balas terhad’ bagi mengelakkan perang habis-habisan antara kedua-dua pihak.

Israel berusaha untuk mengekalkan Semenanjung Gaza sebagai medan perang utama, dan tidak mahu mengubahnya menjadi barisan kedua, kata KAN.



Mengenai jenis serangan yang dirancang Israel, KAN berkata, tindak balas Israel boleh menjadi pembunuhan di dalam Iran atau serangan siber berskala besar.

Agensi media itu memetik seorang pegawai Israel, berkata Israel berjanji untuk memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum melancarkan sebarang serangan terhadap Iran.

Awal Isnin, Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, dilaporkan berkata, Israel akan bertindak balas terhadap serangan Iran pada hujung minggu.

Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, di mana sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.



Beberapa peluru berpandu dilaporkan melanda dalam wilayah Israel, satu daripadanya merosakkan kemudahan ketenteraan Israel di selatan negara itu.

Secara keseluruhan, beberapa orang awam cedera, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres Guterres.

Wakil tetap Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani dalam surat kepada presiden Majlis Keselamatan, menyatakan bahawa tindakan Iran diambil ‘sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Israel yang berulang terutamanya serangan bersenjata pada 1 April 2024 ke atas bangunan konsulat Iran (di Damsyik)’. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker