Tragedi Syawal korbankan dua sahabat

Penunggang dan pembonceng motosikal maut tercampak selepas motosikal terbabas dan merempuh konkrit penghadang jalan di CSR. – Foto ihsan IPD Lipis

Dua sahabat yang juga pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 57 Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala Kuala Lipis petang, tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Sungai Buloh di Selangor sebaik selepas selesai cuti Aidilfitri di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata mangsa yang maut adalah penunggang motosikal, Mazuan Mat Zin, 44, yang beralamat di Kampung Sepuluh, Sungai Durian di Kuala Krai bersama pasangannya, Kisnawita Saad, 46, beralamat di Kampung Serkai Jadi di Tronoh, Perak.

“Siasatan mendapati motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok simen pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.



“Kedua-dua mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Damansara meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker