Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen

Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen

MESKIPUN sudah memohon maaf secara terbuka, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri masih ‘diserang’ netizen yang menyifarkan dirinya tidak menghormati bulan Ramadan susulan kontroversi video muzik lagu rayanya semalam.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa terhadap Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, kerana mempersendakan agama Islam pada bulan mulia.

“Ini tidak kelakar Aliff, setiap tahun ulang benda yang sama dengan keluarkan video muzik mempromosikan golongan LGBT kemudian menangis minta maaf.

“Maaf cakap, awak telah memalukan agama Islam. Harap ramai akan ‘unfollow’ awak dalam Instagram, jangan sokong lagi.

“Berhentilah keluarkan lagu raya, cukup-cukuplah menghina bulan Ramadan. Sudah bertahun-tahun dikecam pun masih belum sedar,” komen netizen.

Selain itu, ramai netizen sepakat untuk memboikot produk jualan usahawan itu sebagai satu bentuk pengajaran.

Semalam, pelakon filem Badang itu mengejutkan ramai apabila mempromosikan video muzik lagu rayanya yang dilihat memaparkan imej keterlaluan.

Pakaian ketat dan gaya persembahan penari-penarinya yang mencolok mata mengundang ribuan kecaman orang ramai yang kecewa dengan perkongsian itu.

Rentetan itu, Aliff membuat permohonan maaf dan meminta orang ramai memadamkan video lagu raya terbabit.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan lagu raya berjudul Chuk Ku Chuk Raya dan Kelepok Raya yang turut mengundang kebencian ramai terhadapnya. HG

Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker