ROS lulus pindaan Perlembagaan BERSATU

ROS lulus pindaan Perlembagaan BERSATU

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan BERSATU yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti itu, 2 Mac lalu.

Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata ROS sudah meluluskan pindaan terbabit bagi membolehkan parti itu mengambil langkah seterusnya mengosongkan enam kerusi Parlimen untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Alhamdulillah, ROS telah lulus permohonan pindaan Perlembagaan BERSATU yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang telah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Langkah seterusnya mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk PRK peringkat Parlimen,” katanya dalam satu hantaran melalui media sosialnya, hari ini.

Beliau turut menyiarkan salinan surat kelulusan itu yang bertarikh 1 April 2024.

Pada 2 Mac lalu, BERSATU meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong mana-mana pihak bertentangan dengan parti atau musuh.

Berita lanjut menyusul

ROS lulus pindaan Perlembagaan BERSATU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker