MCA patut tegur KK Super Mart, bukan bela
MCA patut tegur KK Super Mart, bukan bela
MCA sepatutnya menegur KK Super Mart, dan bukannya menjadi pembela membabi buta kepada kedai serbaneka itu, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.
Kenyataan itu dibuat susulan gesaan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, yang meminta Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh supaya tidak “memperbesar-besarkan” isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.
Menganggap Chong sebagai “memandai-mandai” bertindak mempertahankan kesar serbaneka itu, Mohd Puad berkata, isu tersebut bukannya tindakan yang semberono.
Sebaliknya, kata Mohd Puad, umat Islam rasa kecewa dan marah atas kejadian tersebut.
“Setiausaha Agung MCA cuba memandai-mandai jadi pembela kepada kedai serbaneka KK Super Mart.
“Ini bukan membesar besarkan isu. Ini soal agama. Ia menghina umat Islam. Umat Islam pelanggan utama KK Super Mart.
“Dakwaan Chong bahawa boikot terhadap KK Super Mart adalah membabi buta dan semborono menambah sakit hati pengguna umat Islam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam Chong dilaporkan berkata, Akmal tidak seharusnya membuat gesaan agar rangkaian kedai itu diboikot secara semberono.
“Saya juga ingatkan Ketua Pemuda Umno supaya tidak memperbesar-besarkan isu stoking KK Super Mart, dan jangan bermain taktik boikot membabi buta.
“Jika tidak, yang menjadi mangsa tetap negara kita sendiri,” kata Chong.
Rabu lalu, pengendali rangkaian kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd memohon maaf berhubung video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah.
Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.
Setakat ini hampir 40 laporan polis dibuat di seluruh negara, termasuk sebahagian daripadanya digerakkan oleh Pemuda Umno.
Mohd Puad juga bertanya, apa yang dimaksudkan Chong bahawa tindakan boikot itu menyebabkan negara menjadi mangsa.
“Mana lebih berat jika berlaku huru-hara berbanding boikot?
“Sekurang-kurangnya tidak ada kedai KK Super Mart dibakar seperti apa yang berlaku di negara lain jika sensitiviti agama tidak dijaga.
“Sepatutnya MCA menegur KK Mart dan bukannya jadi pembela membabi buta kepada KK Mart. Hormati kuasa pembeli umat Islam,” katanya. Mk
MCA patut tegur KK Super Mart, bukan bela
Baca Artikel Menarik:
- ‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’
- Isteri terpaling cantik, suami paling bertuah
- Makbul doa isteri Konstabel Iskandar
- Kerbau albino paling mahal dijual RM2.3 juta
- Risteena mahu saman netizen fitnah Ruhainies
- TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
- Kurma butter, elok atau bawa penyakit?
- Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia
- Aliff Aziz beri penjelasan apa yang terjadi
- Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda
- Diana Danielle tak paksa anak berpuasa, mudah kasihan
- Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini
- Kempen boikot bazar Ramadhan
- ‘Buang’ Ruhainies, ‘lock’ Bella, A Aida beri 3 naskah sekali gus
- Stop Play Victim Ruhainies – Netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka
You must be logged in to post a comment.