Tiada laporan mengenai ‘Bazar Ramadan’ adalah petanda baik – Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima sebarang aduan berhubung insiden keracunan makanan membabitkan bazar Ramadan setakat ini

Menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkembangan itu petanda yang baik membabitkan penjual dan pengendali makanan.

“Sepanjang Ramadan (setakat ini), KKM belum terima sebarang aduan mengenai kes keracunan makanan dan ini satu petanda yang baik.



“Ini kerana kesiapsiagaan itu, sudah bermula sejak Februari lalu yang mana libat urus dengan beberapa sesi penerangan dan latihan kita buat bersama pemilik dan pengendali makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Pelancaran ‘Kick-Off’ Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Presint 3 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dulkefly berkata, KKM sebelum ini sudah melaksanakan 183 sesi taklimat kebersihan premis makanan dan pengendalian makanan yang selamat kepada pemilik gerai sebelum Ramadan.



Taklimat bermula awal Februari lalu itu, katanya, membabitkan pemilik daripada 70,334 gerai di 1,299 tapak bazar Ramadan yang dikenal pasti di seluruh negara pada tahun ini.

“KKM juga sudah memeriksa 324 premis penyediaan makanan termasuk kilang ais di semua negeri dan premis yang menyediakan bufet berbuka puasa seperti restoran dan hotel,” katanya.

Mengenai hidangan kurma mentega yang tular, beliau berkata, setiap makanan mempunyai khasiat tersendiri, namun prinsip pemakanan itu harus seimbang.

“Prinsip yang pertama mesti ada keseimbangan, memang kurma bagus, ‘butter’ (mentega) pun bagus, tetapi apa yang penting adalah keseimbangan. Itu prinsipnya dalam pemakanan,” katanya.



Mengenai laporan makanan mengandungi telur lalat dikesan di bazar Ramadan di Melaka, tegasnya, KKM akan menjalankan siasatan.

“Kita pasti akan menjalankan siasatan dan kaji laporan daripada mana-mana pihak. KKM pasti ambil tindakan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker