‘Kuih Viral Bajet’, hanya RM1 sebekas dapat sambutan hangat
Setiap kali Ramadan, Siti Maimunah Deraman, 64, akan mula menjual lebih 20 jenis kuih-muih di Kampung Tanjong Baru dekat Pantai Cahaya Bulan di sini, pada harga RM1 sebekas.
Beliau berkata, gerai dikenali sebagai ‘Kuih Viral Bajet RM1’ itu menyediakan kuih-muih seperti onde-onde, puteri mandi, butir nangka dan kek batik dengan setiap bekas mengandungi antara tiga hingga lima biji bergantung kepada jenis kuih.
“Kuih-muih ini hasil air tangan saya sendiri, selain dibantu anak-anak dan dalam sehari saya mampu jual antara 300 hingga 500 bekas.
“Memang kami jual murah sebab niat saya ingin bantu orang kampung sambil bersedekah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibu kepada lapan anak ini berkata, idea asal menjual kuih bajet berkenaan timbul pada Ramadan ketika negara dilanda wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika itu kami sekeluarga tidak tahu nak buat apa dan berasa bosan sehinggalah timbul idea menjual kuih pada bulan puasa… berniaga sambil beramal.
“Kami mula buat kuih-muih ini jam 12 tengah hari dan letak di gerai sekitar jam 3.30 petang. Alhamdulillah, sambutan orang ramai menggalakkan,” katanya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’
- Isteri terpaling cantik, suami paling bertuah
- Makbul doa isteri Konstabel Iskandar
- Kerbau albino paling mahal dijual RM2.3 juta
- Risteena mahu saman netizen fitnah Ruhainies
- TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
- Kurma butter, elok atau bawa penyakit?
- Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia
- Aliff Aziz beri penjelasan apa yang terjadi
- Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda
- Diana Danielle tak paksa anak berpuasa, mudah kasihan
- Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini
- Kempen boikot bazar Ramadhan
- ‘Buang’ Ruhainies, ‘lock’ Bella, A Aida beri 3 naskah sekali gus
- Stop Play Victim Ruhainies – Netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka
You must be logged in to post a comment.