Kakak Bella ditahan polis, dedah wajah budak saksi kes bunuh kat ‘live’ TikTok

Kakak Bella ditahan polis, dedah wajah budak saksi kes bunuh kat ‘live’ TikTok

Kakak Bella ditahan polis, dedah wajah budak saksi kes bunuh kat 'live' TikTok
Kakak Bella didakwa mendedahkan wajah seorang kanak-kanak merupakan saksi kepada tragedi menimpa adiknya di TikTok.

SEORANG wanita ditahan polis selepas didakwa telah menyiarkan gambar kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung (live) di TikTok pada pagi Rabu.

Suspek berusia 36 tahun itu dipercayai kakak kepada mangsa pembunuhan kejam, Bella atau Milla Sharmila ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk memberi keterangan.

Kakak Bella ditahan polis, dedah wajah budak saksi kes bunuh kat 'live' TikTok



 Pembunuhan Bella antara tragedi memilukan buat seluruh rakyat Malaysia. — Facebook

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek ditahan pukul 2.10 pagi susulan pihaknya menerima laporan seorang wanita memaklumkan gambar anaknya berusia empat tahun digunakan di TikTok.

“Kanak-kanak itu merupakan saksi pendakwaan bersabit kes bunuh di daerah ini hujung tahun lalu (2023) yang disebarkan melalui aplikasi itu.


Baca Artikel Menarik:

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama




“Dia kemudian ditahan ketika tampil memberi keterangan di IPD Batu Pahat.

“Selain tangkapan, polis turut merampas telefon pintar yang disyaki digunakan ketika bersiaran langsung, untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan direman sehari bermula Rabu.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.



“Polis menasihatkan orang awam agak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya. — Majoriti

Kakak Bella ditahan polis, dedah wajah budak saksi kes bunuh kat ‘live’ TikTok

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker