Muhyiddin bidas Rashid, mana ada kartel
Muhyiddin bidas Rashid, mana ada kartel
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa badan perhubungan parti itu di negeri Selangor dikuasai oleh ‘kumpulan kartel’.
Mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Bersatu, Selangor, Abdul Rashid Asari, bahawa ‘kumpulan kartel’ itu punca dia menyokong Menteri Besar Amirudin Shari, Muhyiddin sebaliknya menuduh Adun Selat Kelang itu sebagai dalang.
“Tidak ada kartel. Dia kata kartel, mana ada kartel.
“Parti Bersatu bergerak atas landasan perlembagaan dan peraturan. Dia pun (penyandang) timbalan ketua Bersatu Selangor.
“Kalau berkartel, kartel dengan dialah,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Turut hadir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin.
Rashid yang juga bekas pengerusi Bersatu Selangor, sebelum digantikan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa pucuk pimpinan parti di Selangor kini telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang “baru sehari dua” menyertai parti.
Walaupun tidak menyebutkan nama, difahamkan dia merujuk kepada bekas timbalan presiden PKR itu dan penyokongnya yang menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020.
‘Kartel’ adalah terma digunakan oleh di kalangan ahli PKR merujuk kepada Azmin dan 10 ahli parlimen parti itu yang berpaling tadah sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Feb 2020.
Azmin yang juga adalah ketua pembangkang Selangor dan Adun Hulu Kelang kini adalah pengerusi Bersatu yang baru menggantikan Rashid.
Mengulas lanjut, Muhyiddin meminta pemimpin Bersatu agar tidak mempersalahkan parti atas kesilapan sendiri.
“Jangan cari sebab atau dalil apabila dah melakukan kesilapan, maka menuduh parti.
“Ini satu perbuatan yang memang tak tanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, pagi ini Muhyiddin dan Hamzah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya untuk menyerahkan dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
“Kami hari ini ke RoS menyerahkan dokumen-dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti Bersatu berkaitan ‘terhentinya keahlian seorang Adun atau ahli Parlimen apabila mereka bertindak melanggar dasar parti, seperti yang berlaku baru-baru ini.
“Kita telah sempurnakan dengan tatacara dan peraturan yang dikehendaki RoS.
“Kami meminta RoS membuat keputusan dalam beberapa segera,” katanya.
Pada 2 Mac lalu, Bersatu meminda perlembagaan parti itu dalam usaha untuk menghalang mana-mana ahli parlimen atau Adun Bersatu daripada menyokong seteru parti itu.
Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Bersatu, perwakilan parti itu sebulat suara menyokong usul meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.
Muhyiddin merujuk tindakan enam ahli parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Selain menyekat wakil rakyatnya daripada berpaling tadah pada masa akan datang, Bersatu juga menuntut agar enam ahli parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusi masing-masing.
Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman ( Labuan). Mk
Muhyiddin bidas Rashid, mana ada kartel
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.