Keluar simpang membabi buta, Myvi ‘bunuh’ penunggang motosikal
SEKINCHAN: Hasrat seorang lelaki untuk ke bengkel membaiki motosikalnya tidak kesampaian apabila dia maut merempuh Myvi dalam kemalangan di simpang empat Parit 5, Ban 2, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia selepas motosikal Honda Wave ditunggangnya merempuh Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata mangsa dalam perjalanan dari Tali Air 3 ke sebuah bengkel motosikal di pekan Sekinchan.
“Ketika tiba di tempat kejadian, Perodua Myvi dipandu lelaki 25 tahun disyaki keluar simpang secara mengejut menyebabkan mangsa dari arah jalan utama tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera di belakang, dada dan kaki kanan meninggal dunia di lokasi,” katanya dihubungi, hari ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.