Pendidikan satu aliran: Pemuda DAP Melaka tentang cadangan Ketua Pemuda UMNO

Saranan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh agar kerajaan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran di negara ini mendapat perhatian Pemuda DAP Melaka.

Ketua Pemuda DAP Melaka Cassel Craig Krishnan (gambar bawah) berkata pihaknya tidak bersetuju dengan saranan daripada exco kesihatan dan antidadah Melaka itu kerana baginya ibu bapa berhak menentukan sekolah pilihan anak-anak mereka.

“Pada pandangan kami, isu utama yang harus dititikberatkan ialah hak ibu bapa memilih sekolah mana yang mereka mahu mendidik anak dan membentuk masa depan mereka.



“Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai pandangan peribadi mereka tentang hala tuju sistem pendidikan negara dan kerajaan tidak seharusnya memaksa mana-mana keluarga menghantar anak mereka ke institusi yang ditetapkan kerajaan.

“(Selain itu), trend peningkatan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah vernakular juga menimbulkan persoalan sama ada kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan tidak lagi menimbulkan keyakinan dalam kalangan ibu bapa,” katanya.

Mengulas lanjut, Krishnan berkata juga kebimbangan Adun Merlimau itu juga jelas meleset apabila mengaitkan sekolah satu aliran dengan perpaduan negara.

Menurut pemimpin DAP itu, perpaduan nasional lebih kepada masalah masyarakat berbanding isu pendidikan.



Memupuk perpaduan harus bermula dari rumah, tambahnya.

“Pemuda DAP Melaka yakin perpaduan dapat diterapkan tanpa mengganggu kewujudan sekolah vernakular, kerana perpaduan boleh disemai melalui cara lain seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan aktiviti sukan antara sekolah.

“Perpaduan negara bukan masalah sekolah, ia masalah masyarakat. Pendidikan sebenarnya bermula di rumah, malah sebelum anak-anak pergi ke sekolah.

“Tidak kira di sekolah mana, sama ada sekolah vernakular, sekolah sukan, MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), sekolah berasrama penuh atau sekolah antarabangsa, faktor penting ialah anak-anak kita mesti memahami kepentingan membina perpaduan dan cintakan negara,” katanya.



Semalam, Akmal menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap sistem pendidikan vernakular, dengan menerapkan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pemuda Umno juga mencadangkan perancangan jangka sederhana dan panjang ke arah model integrasi pendidikan di atas pasak kebersamaan nilai dan semangat kekitaan di antara rakyat berbilang bangsa, tanpa menyisihkan hak kaum-kaum di Malaysia.

Pada Rabu lalu, Akmal berkata sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker