Marissa ikut ayahnya, cinta tanpa pengetahuan saya – Abby Abadi
Marissa ikut ayahnya, cinta tanpa pengetahuan saya – Abby Abadi
Tergantung sepi, pelakon Abby Abadi mendedahkan masih menanti bukti kesahihan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam yang didakwa berlangsung di Thailand.
Tidak tahu hujung pangkal, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata dirinya tidak mempunyai menantu selagi status perkahwinan anak keduanya itu masih belum diketahui.
“Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.
“Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.
“Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya,” katanya menerusi audio siar yang dihoskan pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam.
Bukan tidak menerima qada dan qadar Tuhan, cuma pelakon yang sinonim dengan watak Inspektor Aleza itu masih tidak tahu menahu tentang isu yang diperkatakan ramai itu sama ada benar atau sebaliknya.
Begitupun, bekas anggota Elite itu terbuka menerima ketentuan Ilahi sekiranya perkahwinan anak perempuannya sah di sisi undang-undang.
“Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.
“Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu.
“Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah,” luahnya panjang lebar.
Terdahulu, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu meluahkan, Marissa menghilangkan diri dan hanya bertemu pada majlis reviu berbuka puasa.
Februari lalu, media tempatan melaporkan Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Pasangan itu didakwa melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. K Online
Marissa ikut ayahnya, cinta tanpa pengetahuan saya – Abby Abadi
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan