Penyelewengan akidah Ajaran Ahmadi, YADIM gerak ejen dakwah
SHAH ALAM – Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran ‘The Ahmadi, Religion of Light and Peace’.
Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin berkata, segala bentuk penyelewengan akidah seperti ajaran tersebut tidak akan berkekalan lama memandangkan sandaran pihak berkenaan hanya mengikut pada hawa nafsu semata-mata.
Ujar beliau, ia bukanlah kali pertama gerakan sebegitu wujud di negara ini mahupun di dunia secara umumnya.
“Yadim setuju dan menyokong saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi agama yang lain untuk segera mengekang ajaran dan membendung ajaran itu.
“Yadim melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan menggerakkan sepenuh usaha melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu bersiaran langsung.
Pada Khamis, Mohd Na’im menjelaskan ajaran The Ahmadi bertentangan dengan syariat Islam dan pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
Mengulas lanjut, Adi Anuar berkata, Yadim juga akan menganjurkan program pendidikan dan pemahaman akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar kepada masyarakat bagi memastikan kepercayaan umat Islam dalam negara ini tidak tergugat
“MAIM adalah sebuah platform yang menggabungkan barisan NGO-NGO Islam di Malaysia mampu membantu kerajaan dan agensi sedia ada dalam usaha menangkis fahaman ini terus menular dalam masyarakat Malaysia.
“Yadim berharap langkah pintar daripada pihak SKMM dan PDRM untuk memastikan penularan apa-apa bentuk bahan berkaitan fahaman Ahmadi ini dapat ditangani dan dibendung dengan lebih awal,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan
You must be logged in to post a comment.