MUDA tidak ingin ikut jelajah PN walaupun Muhyiddin umum Syed Saddiq kini bersama

Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi tampil memperjelaskan pengumuman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyertai jelajah gabungan itu.

“Ini bukan keputusan parti dan tak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda.

“Untuk itu saya menafikan Muda akan sertai jelajah PN,” katanya pada hantaran ringkas di media sosial X hari ini.



Terdahulu pada hari ini, Muhyiddin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

“Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita,” kata pengerusi PN itu pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Siri jelajah itu yang akan bermula selepas Ramadan, menurut Muhyiddin juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.

Malaysiakini sedang menghubungi Syed Saddiq bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai perkara ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker