Konvensyen Wakil Rakyat PN 2024: 7 wakil rakyat PN yang sokong PM ‘pulaukan’ majlis
KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen daripada BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memberi dukungan sama kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tidak menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) 2024 yang berlangsung, di sini, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan Pejabat Ketua Pembangkang.
Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
ADUN terbabit pula adalah Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang) yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Ahli Parlimen dan ADUN terbabit dijemput atau sebaliknya, untuk menghadiri konvensyen berkenaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Filem Sarimah bukan lagi haknya
- Amaran Biden kepada Israel
- TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri
- Dekat Padang Masyar awak cari saya – Lola
- Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
- Erma ‘bekap’ aksi umrah Hafiz Mahamad
- Konsert Taylor Swift: Tuan Ibrahim ‘sekolahkan’ Peja
- Starbucks terpaksa buang 2,000 pekerja
- Rugi RM1 bilion, ini penjelasan FELDA
- Tempeleng maut buat Azmin
- Dr Syikin jual cekodok, karipap di Liverpool (Video)
- Khabib dipujuk untuk kembali
- Wan Saiful jangan koyak lagi
- Kami tidak akan maafkan dia
- Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan