Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah ‘bungkus’ lagi

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dikejutkan dengan kekalahan pada pusingan pertama Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Pemain nombor 10 dunia itu ditunjukkan jalan keluar selepas tewas di tangan pemain Denmark yang menduduki ranking ke-33, Magnus Johannesen 21-15, 21-19 pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Ia pertemuan kedua antara kedua-dua pemain dengan Zii Jia sebelum ini mudah mengatasi lawannya ketika pusingan pertama Terbuka Jerman, tahun lalu.



Kekalahan itu menyaksikan badi tersingkir pada pusingan awal Terbuka Perancis terus menghantui Zii Jia apabila dia gagal sekurang-kurangnya melangkah ke suku akhir sejak 2019.

Sementara itu, nasib sama turut menimpa beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila misi untuk cuba merampas kembali gelaran Terbuka Perancis yang dimenangi pada 2022 tidak kesampaian selepas tersingkir pada pusingan pertama.

Pasangan itu terpaksa akur apabila tunduk di tangan pilihan kelima kejohanan dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 18-21, 21-12, 21-16.

Beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas awal selepas tewas di tangan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia 21-15, 21-15.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker