Tengku Zafrul mahu lapor polis berkait dakwaan salah laku
Tengku Zafrul mahu lapor polis berkait dakwaan salah laku
Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu memfailkan laporan polis berhubung video tular yang membayangkan dirinya terlibat dalam salah laku.
Zafrul, yang kini mengiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Australia, berkata dia akan membuat laporan polis sekembalinya ke Malaysia.
“Terdapat video yang telah tersebar di media sosial membayangkan saya terlibat dalam salah laku berikutan kehadiran saya pada pelancaran satu produk pada tahun 2023.
“Saya menerima jemputan itu dengan niat baik dan pasukan kami tidak mempunyai pengetahuan awal tentang dakwaan atau ketidakwajaran tersirat yang ditimbulkan dalam video tersebut.
“Oleh itu, pasukan saya telah memulakan siasatan mengenai perkara ini, dan saya akan membuat laporan polis sebaik sahaja saya kembali ke Malaysia supaya siasatan rasmi boleh dimulakan.
Justeru Tengku Zafrul menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti mengenai dakwan salah laku terbabit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Terdahulu, seorang lelaki yang tidak dikenali dalam sebuah rakaman video di media sosial mendakwa dia dibayar RM800 untuk menjadi ‘CEO’ sebuah syarikat dengan menandatangani MoU palsu dalam satu majlis yang turut dihadiri Zafrul.
Lelaki itu mendakwa syarikat itu menggunakan MoU palsu untuk mengumpul RM36 juta.
Lelaki itu mendakwa bekerja dengan syarikat pengiklanan terkenal dan menunjukkan gambar dirinya bersama bekas perdana menteri Najib Razak yang kini sedang dipenjarakan.
Video itu ditujukan kepada setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin selain turut meminta perhatian Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung perkara itu. FMT
Tengku Zafrul mahu lapor polis berkait dakwaan salah laku
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sebelum jadi Datin tak seksi sangat
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan