Ini penjelasan MB Selangor kenapa kilang Goodyear ditutup

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari tampil mempertahankan Putrajaya berhubung dakwaan bahawa kerajaan gagal mengekalkan pelabur asing, yang menyaksikan hantaran tular di media sosial yang mendakwa Goodyear Malaysia akan menutup kilangnya yang berusia 52 tahun di Shah Alam.

Menurut Amirudin (PH-Gombak), Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang Goodyear memutuskan untuk menutup operasinya.

Sebaliknya, laporan tahunan syarikat pembuat tayar itu menunjukkan bahawa Goodyear juga telah memberhentikan pekerjanya di beberapa benua dan menutup kilangnya di Ohio, AS tahun lalu.



“Bila saya semak pagi tadi selepas berita (mengenai penutupan kilang Goodyear di Shah Alam) ini keluar, rupanya Goodyear telah menutup kilang di Oakland,Ohio yang mempunyai 500 pekerja pada tahun 2023,

“Goodyear juga telah melakukan restructuring drive (tindakan penstrukturan) pada Sept 2023 untuk memotong 1,200 pekerjanya di Eropah timur, Afrika dan di Asia.

“Ini dilakukan kerana Goodyear tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti Bridgestone,” katanya ketika membahaskan titah Seri Paduka Baginda di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah lagi, Amirudin berkata Goodyear terpaksa menstruktur semula perniagaannya kerana kos yang tinggi dan memilih untuk memindahkan operasi ke negara seperti Vietnam kerana kos buruh yang lebih murah.



Ini, katanya, adalah fakta yang perlu dipertimbangkan dan diterima oleh semua orang dan adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan susulan keputusan syarikat terbabit.

Amirudin juga membidas ahli politik pembangkang yang memainkan isu itu, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Katanya, wakil rakyat pembangkang itu tidak menipu, sebaliknya memutarbelit fakta sebenar.

Wan Ahmad Fayhsal dalam ucapan perbahasannya sebelum ini menyelar kerajaan persekutuan berhubung dakwaan kegagalan mengurus ekonomi negara, dan menggunakan kes Goodyear sebagai contoh.



Menurut Amirudin, pemimpin Bersatu itu memutar belit isu berkenaan dengan tujuan mencipta persepsi untuk memburukkan Putrajaya.

Dilaporkan bahawa Goodyear dikatakan merancang untuk menutup kilangnya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun ini.

Dalam memo dalaman yang dikatakan bocor, presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company, Nathaniel Madarang berkata penutupan itu adalah sebahagian daripada “program transformasi” syarikat berkenaan.

Madarang berkata, kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.



Kilang di Shah Alam dibuka pada tahun 1972.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker