Kita terlepas peluang itu – Peja
Kita terlepas peluang itu – Peja
Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, menganggap negara mengalami kerugian jika terus gagal memanfaatkan ruang yang ada untuk membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.
Dia berkata ada ramai penghibur carta atasan boleh dibawa untuk beraksi di negara ini melalui kaedah sedia ada namun langkah tersebut tidak dilakukan.
Bahkan bekas menteri besar Perak itu menggesa langlah lebih giat digerakkan untuk membolehkan selebriti terkenal datang membuat persembahan di negara ini.
“Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan venue AS).
“Kita mesti bertindak agresif untuk dapatkan mereka,” ciapnya di media sosial sambil mengiringinya dengan laporan mengenai konsert penyanyi AS, Taylor Swift, di Singapura.
Semalam, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.
Sebaliknya kata Lee, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.
Melewati perbezaan politik
Untuk rekod Ahmad Faizal bukanlah orang pertama yang membangkitkan isu kerugian ekonomi yang gagal diraih oleh Malaysia melalui penganjuran konsert artis antarabangsa.
Pada Jun tahun lalu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sudah menyatakan pandangannya berkenaan isu sama.
Dia mengingatkan bagaimana negara jiran berjaya menjana pendapatan lumayan daripada konsert yang dianjurkan ketika Malaysia pula terus berbalah sesama sendri mengenai kewajaran membuka pintu kepada artis luar.
Kata Syed Saddiq sebelum ini Malaysia boleh menganjurkan banyak konsert pada setiap tahun sebelum keadaan berubah apabila kian banyak rintangan yang muncul.
Menggunakan contoh konsert Coldplay di Singapura, bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa republik terbabit mampu memperoleh berjuta-juta ringgit dengan penganjuran tersebut.
PAS – yang bersama Bersatu dalam PN – adalah antara parti politik yang lantang mengkritik penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini. Mereka pernah mendesak agar konsert artis terkenal dibatalkan, termasuk membabitkan Coldplay dan Ed Sheeran.
Bagaimanapun baru-baru ini Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan tentangan parti itu bukanlah semberono atau menyeluruh, sebaliknya cuma membabitkan artis yang tertentu saja.
Dia yang juga menteri besar Terengganu membuat penjelasan tersebut dalam satu sesi dialog dengan media berbahasa Cina di Kuala Lumpur pada 18 Feb lalu.
Kata Ahmad Faizal isu berkenaan wajar diberi perhatian oleh semua pihak.
“(Isu) Keruntuhan ekonomi yang besar melangkaui (perbezaan) politik,” ciapnya lagi.
Semalam, FMT melaporkan peluang untuk membawa Taylor beraksi di Malaysia sudah diperolehi pada 2022 namun ia berakhir dengan kegagalan apabila penyanyi tersebut hanya dijadual beraksi di Singapura.
Konsert The Eras Tour itu akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di republik berkenaan mulai esok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif, turut menggesa kerajaan menjawab mengapa Malaysia gagal mendapatkan konsert The Eras Tour ke negara ini.
Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mesti memberikan penjelasan mengenai peluang ekonomi yang terlepas itu.
“Kerajaan Madani berada di bawah tekanan untuk mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan peluang ekonomi yang melibatkan penghibur terkenal,” katanya. Mk
Kita terlepas peluang itu – Peja
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan
You must be logged in to post a comment.