Hanya prasarana awam dipembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu

Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan prasarana awam, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata antara projek pembangunan prasarana awam yang dijalankan di TRM ialah pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penggantian dibuat mengikut jenis TRM yang sama dan tidak melebihi luas tanah rizab yang dibatalkan.

Amirudin juga yakin kerajaan negeri berada di landasan yang betul dalam memastikan TRM dapat dipertahankan.



“Dalam hal ini, kita juga sedang memikirkan bagaimana kawasan TRM diberi nilai tambah selaras pengumuman Skim Perumahan Madani di tanah rizab Melayu yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) baru-baru ini,” katanya menggulung usul menjunjung kasih titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang mendapati Pengurusan TRM di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor secara keseluruhannya dirumuskan kurang cekap serta berkesan.

Semasa KEB2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Anwar mengumumkan Skim Perumahan Madani akan diwujudkan untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik di atas TRM dalam kadar segera bagi menjamin kesejahteraan kaum itu di bandar.

Persidangan DUN Selangor bersambung esok.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker