Gaji lebih RM4,000 untuk lepasan TVET sedang dikaji – Zahid

Cadangan ini boleh menarik lebih ramai pelajar memasuki institusi TVET.

Gaji lebih RM4,000 untuk lepasan TVET sedang dikaji – Zahid

Kerajaan sedang mengkaji penetapan gaji premium untuk lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada kadar RM4,000 ke atas sebagai usaha mengiktiraf mereka.

Perkara itu sedang ditambah baik menerusi kerangka Dasar TVET Negara yang akan dilancarkan pada 2 Jun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

“(Menerusi dasar) ini, kita wujudkan hanya sebuah pusat pengiktirafan TVET supaya tidak timbul kekeliruan dan cacamarba dari segi pengiktirafan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Kita juga melihat dari segi gaji, terdapat saranan gaji premium itu bukan berdasarkan gaji minimum, tetapi satu tahap lebih tinggi yang dicadangkan RM4,000 ke atas dan ini secara tak langsung akan menggalakkan pelajar-pelajar masuk ke institusi TVET.”

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan merangka akta gaji khusus untuk lepasan TVET berdasarkan kelayakan individu bagi pengiktirafan TVET setanding kelayakan akademik lain.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, program TVET juga akan dimulakan lebih awal, iaitu selepas Tingkatan 3 dengan kolej vokasional dan teknikal akan menjadi pembekal kepada institusi TVET.

“Mereka (pelajar) akan dapat mengambil diploma dan ijazah dua tahun lebih awal daripada rakan-rakan lain dan ini penggalakan yang sedang dilakukan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) mengenai potensi TVET aras tinggi, Zahid berkata, pelbagai kerjasama melibatkan institusi pendidikan awam dan swasta, termasuk 17 usaha dengan beberapa negara, dilaksanakan bagi meningkatkan pendidikan TVET aras tinggi.

Katanya, institusi yang terlibat termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. FMT

Gaji lebih RM4,000 untuk lepasan TVET sedang dikaji – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker