Bapa penuntut UUM maut terkena elektrik tuntut ganti rugi lebih RM3j
Bapa penuntut UUM maut terkena elektrik tuntut ganti rugi lebih RM3j
Bapa kepada seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik memfailkan tuntutan saman ke atas universiti itu bagi mendapatkan ganti rugi lebih RM3 juta.
Berdasarkan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, R Sivakumar, 54, menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, pampasan kerugian teruk RM1 juta, ganti rugi – juga RM1 juta – serta ganti rugi khas bernilai RM50,000.
Sivakumar mendakwa UUM melanggar tanggungjawab institusi itu untuk memastikan keselamatan anaknya, S Vinosiny, daripada terkena renjatan elektrik semasa menggunakan bilik asrama.
Plaintif mendakwa UUM juga gagal menggantikan atau membaiki lampu elektrik atau peralatan lain yang rosak, atau mengambil sebarang langkah yang munasabah untuk menjadikan peralatan tersebut selamat.
Turut dihujahkan, UUM didakwa gagal memberi sebarang amaran yang mencukupi kepada Vinosiny mengenai risiko lampu dinding elektrik atau peralatan lain di dalam bilik asramanya.
Selain pampasan kewangan, plaintif juga menuntut faedah lima peratus dikenakan ke atas sebarang jumlah yang diberikan mahkamah kemudian dan ia bermula dari tarikh penghakiman hingga tarikh kes selesai, pada kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Ketika dihubungi, peguam keluarga terbabit, M Manoharan, mengesahkan pemfailan tindakan sivil berkenaan.
Vinosiny meninggal dunia di dalam asramanya di UUM pada Mei 2022 dipercayai kerana terkena renjatan elektrik.
Penuntut peruempuan itu berada di semester keempat dalam bidang pengajian perakaunan dan sistem maklumat. Dia kembali ke kampus seminggu sebelum tragedi itu.
Pada Feb tahun lalu, Mahkamah Koroner Alor Setar kemudian memutuskan bahawa Vinosiny memang menjadi mangsa renjatan elektrik sehingga membawa kepada kematiannya. Mk
Bapa penuntut UUM maut terkena elektrik tuntut ganti rugi lebih RM3j
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira
You must be logged in to post a comment.