Suara ‘Misteri’ Menghantui Pengguna Google Maps

Suara ‘Misteri’ Menghantui Pengguna Google Maps

BAYANGKAN anda sedang menggunakan aplikasi Google Maps ketika memandu dan tiba-tiba terdengar suara yang aneh keluar daripada aplikasi itu, tentunya terasa pelik.

Perasaan sama turut dikongsikan oleh para pengguna aplikasi berkenaan di laman Reddit dan Twitter baru-baru ini.



“Saya menggunakan tetapan suara Bahasa Inggeris dan kebiasaannya adalah suara wanita.

“Dalam perjalanan pulang hari ini, saya tiba-tiba mendengar arahan suara seperti seorang lelaki India.

“Ada sesiapa yang mempunyai masalah sama?” kata pengguna Reddit, @u/couverando1984.



Perkongsiannya itu menerima maklum balas pengguna Reddit dan Twitter.

Seorang lagi pengguna Reddit menyatakan dia cuba mencari arahan suara misteri itu di tetapan aplikasi berkenaan tetapi tidak menjumpainya.

Masalah itu dilaporkan berlaku pada peranti Android dan Apple.

Beberapa pengguna Twitter turut membuat aduan kepada pihak Google Maps di Twitter.



“Kami memohon maaf atas pengalaman yang anda hadapi. Pasukan kami sedang cuba membaiki masalah itu dan kemaskini akan diberikan secepat mungkin.

“Terima kasih atas kesabaran anda,” jelas Google Maps. — The Sun

Suara ‘Misteri’ Menghantui Pengguna Google Maps


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Doodle Istimewa Jalur Gemilang di Google Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia



Google Sekat Semua Aplikasi Berunsurkan ‘Sugar Daddy’ Mulai 1 September

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker