Prabowo, Gibran didakwa lakukan penyelewengan pilihan raya

Prabowo, Gibran didakwa lakukan penyelewengan pilihan raya

Prabowo Subianto, yang telah mengisytiharkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia dijangka menghadapi cabaran sukar dengan gesaan untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pilihan raya.

Gesaan dibangkitkan dua calon saingannya yang tidak berjaya dalam Pilihan Raya Presiden, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) meneliti aduan mengenai penipuan menjelang acara itu.



Pesaing untuk jawatan itu mengatakan bahawa proses pilihan raya telah dicemari oleh penipuan dan mereka sedang bekerjasama untuk mencabar hasil rasmi yang akan diumumkan oleh KPU menjelang 20 Mac.

Kedua-dua calon iaitu Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), masih tidak mengaku kalah.

Malah, pegawai kempen mereka mendakwa terdapat penipuan undi biarpun penganalisis bebas tidak menemui bukti sedemikian setakat ini.

PDI-P pada 21 Februari menuntut KPU supaya melakukan audit forensik terhadap penjadualan undi digital rasmi KPU yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Tabulasi (Sirekap).



Sistem digital itu dikatakan gagal memenuhi tujuannya sebagai alat mengira undi, menurut pegawai eksekutif PDI-P, Bambang Wuryanto.

Pasangan Prabowo, yang juga calon naib presiden, Gibran Rakabuming Raka, pada 22 Februari melahirkan penghargaan kepada Ganjar di atas seruannya kepada DPR untuk menyiasat penipuan pilihan raya.

“Terima kasih Pak Ganjar atas cadangan anda,” kata Gibran kepada wartawan di Balai Kota Solo, Jawa Tengah ketika diminta mengulas tuduhan Ganjar mengenai penipuan pilihan raya.

Pada 20 Februari, Ganjar menggesa siasatan dibuat apabila DPR bersidang semula pada 5 Mac.



“Sesuatu seperti ini mesti disiasat. Sekurang-kurangnya Parlimen harus mengadakan pendengaran,” katanya.

Anies yang juga bekas gabenor ibu kota Jakarta berkata pihaknya ‘bersedia untuk mengambil bahagian’ dalam siasatan Parlimen yang membolehkan penggubal undang-undang menyiasat tindakan pemerintah.

Gesaan itu dibuat walaupun terdapat komen pemerhati bebas bahawa tiada tanda-tanda penipuan dalam pilihan raya berkenaan, selain daripada beberapa isu seperti daftar pemilih yang dianggap lapuk serta kelewatan ketika pengundian.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan, memenangi pusingan pertama undian dengan kira-kira 58 peratus undi.



Saingannya Anies dan Ganjar pula masing-masing memperoleh 25 peratus dan 17 peratus undian, dengan kiraan awal oleh pihak berkuasa pilihan raya menunjukkan pecahan yang sama.

Bagaimanapun, tanpa memberikan bukti, kedua-dua kem pihak kalah membuat aduan mengenai isu ugutan diterima pengundi, manipulasi institusi negara serta penyalahgunaan sumber negara, seperti dana kebajikan, semasa tempoh berkempen bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, berdepan kritikan berhubung sokongan secara diam-diam terhadap Prabowo dan pasangannya, Gibran, yang juga anaknya.

Beliau dikatakan cuba mempengaruhi keputusan undi, namun, beliau dan sekutunya menafikan tuduhan tersebut.



Siasatan sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan sokongan daripada penggubal undang-undang, Arya Fernandes dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia.

“Walaupun siasatan itu diluluskan, keputusan itu tidak akan dapat membatalkan keputusan pilihan raya,” katanya. BH

Prabowo, Gibran didakwa lakukan penyelewengan pilihan raya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker