UNSC lumpuh, gagal tangani perang Israel-Palestin – Brazil

UNSC lumpuh, gagal tangani perang Israel-Palestin – Brazil

Brazil mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘lumpuh’ kerana gagal menangani peperangan di Gaza dan Ukraine, ketika membuka mesyuarat Kumpulan 20 (G20).

Tuduhan yang ditujukan khusus terhadap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada mesyuarat dua hari itu, membuktikan perpecahan ketara dalam kalangan masyarakat antarabangsa berhubung perang berkenaan.



Mesyuarat menteri luar ekonomi terbesar dunia itu berkumpul di Rio de Janeiro bagi meyuarat pertama G20 tahun ini, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Menteri Luar Russia, Sergi Lavrov.

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, mengambil kesempatan sempena mesyuarat kali ini bagi menegaskan ledakan konflik global menggambarkan peranan institusi antarabangsa seperti PBB seolah-olah ‘lumpuh’.

“Institusi pelbagai hala tidak dilengkapi dengan baik untuk menangani cabaran semasa seperti yang ditunjukkan oleh ‘kelumpuhan’ UNSC, tidak boleh diterima sama sekali dalam konflik yang sedang berlaku di Gaza dan Ukraine.

“Keadaan ini mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah terutama orang awam,” katanya.



Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, pula memberi amaran keadaan di dua negara itu sebagai multilateralisme dalam krisis.

Terdahulu, UNSC gagal bertindak berhubung isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine kerana Moscow bertindak menggunakan kuasa veto bagi membatalkan keputusan itu.

Bagi keadaan di Gaza pula, UNSC juga gagal dalam meluluskan resolusi yang diusulkan Algeria akibat penggunaan kuasa veto AS kelmarin, sekali gus melumpuhkan lagi usaha masyarakat antarabangsa menangani malapetaka kemanusiaan di Palestin.

Brazil yang mengambil alih jawatan sebagai Presiden G20 dari India pada Disember lalu, menyuarakan harapan kumpulan itu boleh menjadi forum untuk membuat kemajuan dalam hal sedemikian.



Bagaimanapun, hasrat itu mungkin berdepan kesukaran selepas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, mencetuskan ketegangan diplomatik pada Ahad lalu, menyelar Israel dengan menuduh rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Lula menuduh rejim Zionis dengan membandingkan apa yang pernah Israel lakukan sebelum ini menerusi kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza dengan peristiwa Holocaust atau pembunuhan besar-besaran penduduk Yahudi.

Tuduhan itu sekali gus menimbulkan kemarahan di pihak Israel sehingga rejim Zionis menggelarkan pemimpin tertinggi Brazil itu sebagai ‘persona non grata’ dan boleh membayangi sebarang usaha untuk meredakan konflik melalui G20.

Blinken turut mengadakan pertemuan dengan Lula semalam di Brasila sebelum menghadiri sidang G20, apabila menyatakan pihaknya tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilontarkan itu.



Walaupun ada desakan dari negara Barat yang mengecam pencerobohan itu, sidang kemuncak terakhir G20 berakhir dengan kenyataan lemah yang tidak membawa kesan ketara.

Sementara itu, Menteri Luar United Kingdom (UK), David Cameron, merancang untuk menggunakan mesyuarat Rio bagi menangani pencerobohan berterusan oleh Russia dan menyampaikan hasrat itu secara terus kepada Lavrov.

Menurut seorang pegawai Kerajaan Brazil, Lavror yang akan bertemu dengan Lula da Silva di Brasilia hari ini, bertindak menyelar Barat kerana menyalurkan bekalan besar senjata kepada Ukraine.

“Baik Kiev mahupun Barat tidak menunjukkan kemahuan politik untuk menyelesaikan konflik,” katanya yang dipetik akhbar Brazil, O Globo. BH



UNSC lumpuh, gagal tangani perang Israel-Palestin – Brazil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker