Bishop Christopher Saunders didakwa rogol kanak-kanak

Bishop Christopher Saunders didakwa rogol kanak-kanak

SYDNEY: Biskop Australia, Christopher Saunders didakwa atas tuduhan merogol dan beberapa dakwaan seks lain terhadap kanak-kanak.
Lelaki berusia 74 tahun itu ditahan di Broome pada Rabu.

Saunders yang menafikan dakwaan ke atasnya akan menghadapi 19 pertuduhan di mahkamah hari ini.

Dia merupakan pemimpin penganut Katolik paling kanan yang menghadapi tuduhan seperti ini.

Kesalahan yang didakwa dilakukannya termasuk dua pertuduhan merogol, 14 pertuduhan serangan menyalahi undang-undang dan cabul serta tiga pertuduhan cabul ke atas kanak-kanak di bawah pengawasannya.

Mula dilantik sebagai biskop pada 1976, Saunders telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di wilayah terpencil Kimberley di sudut barat laut negara itu, dan dilantik sebagai Paderi Broome pada 1996.

Selama bertahun-tahun, dia berhadapan dua penyiasatan berhubung dakwaan penderaan seksual yang dibuat oleh beberapa lelaki Orang Asli dari komuniti di wilayah pentadbirannya.

Tuduhan itu pertama kali didedahkan pada 2020, namun, kes itu ditutup tanpa sebarang dakwaan.

Saunder bagaimanapun berundur secara sukarela sebagai Paderi Broome pada 2020, tetapi kekal sebagai penasihat gereja.

Bagaimanapun, selepas siasatan bersejarah diarahkan oleh Paus – dan laporan siasatan 200 muka surat itu bocor kepada media tahun lalu, polis mengambil tindakan memulakan siasatan baharu.

Bishop Christopher Saunders didakwa rogol kanak-kanak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker