Jenazah Taib Mahmud tiba di kediaman di Demak Jaya
KUCHING – Kediaman bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini dipenuhi keluarga terdekat serta pemimpin Sarawak yang hadir, untuk memberi penghormatan terakhir.
Van yang membawa jenazah Abdul Taib dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba di kediamannya pada kira-kira jam 5.10 petang tadi, sebelum solat jenazah dilaksanakan yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan menteri Sarawak, menjadi antara pemimpin negeri yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazah dijadual dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu dipukul mati selepas kemalangan, 5 lelaki ditahan
- Rakyat Palestin diancam kebuluran
- Mahathir cari alasan, sedar dosa hilang wilayah tak boleh dimaaf
- Cuba kau pegang kepala, bukan ekor – Netizen
- Apakah krisis dalam LTAT?
- Sarawak berkabung 2 hari atas pemergian Taib
- Surat Lembaga Pengampunan tentang Najib bukan sulit – Shafee
- Isteri Daim ahli parti Muda
- Wajah Munkar dan Nakir ketika menyoal di dalam kubur
- 3 beranak ditemui mati tergantung di kipas, suami ditahan
- Kerajaan 9 Mawla Amin dipantau PDRM
- Remaja pandu pikap ‘Transformers’ seludup ketum
- Ini sebab Pierre Andre sudah 10 tahun hidup tanpa telefon
- Fatiya Latiff beri syarat berhenti ganggu Aiman Hakim
- Mengalahkan PMX Cik B punya bodyguard
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal
You must be logged in to post a comment.