30 hari lagi tempoh lanjutan pada Mokhzani untuk isytihar harta – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari lagi kepada anak Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani untuk mengisytiharkan hartanya kepada agensi antirasuah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan Mokhzani telah memohon secara rasmi untuk melanjutkan tempoh berkenaan.

“Mokhzani telah mengemukakan permohonan lanjutan tempoh pengisytiharan harta.



“SPRM telah membenarkan tambahan 30 hari,” kata Azam kepada Scoop .

Jumaat lalu, Azam mengesahkan agensi antirasuah itu memberi tempoh selama 30 hari lagi kepada adik Mokhzani, Mirzan untuk mengisytiharkan hartanya.

Azam berkata, ini selepas ahli perniagaan itu meminta tempoh tambahan untuk mematuhi perintah yang dikeluarkan kepadanya dan Mokhzani mengikut Seksyen 36 Akta SPRM, yang memerlukan mereka mengisytiharkan harta dalam tempoh 30 hari.

Tempoh notis asal sepatutnya tamat pertengahan bulan ini.



SPRM memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk disoal siasat bulan lepas, walaupun asas sebenar siasatan mereka tidak jelas.

Pada 6 Feb lalu Azam berkata Mirzan dan Mokhzani boleh didakwa jika gagal mengisytiharkan harta mereka kepada agensi itu.

Berikutan itu, kedua-dua beradik itu mengeluarkan kenyataan akhbar pada 8 Feb bagi meminta SPRM ‘bersabar’ dan mengatakan bahawa adalah mustahil untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Menurut Mirzan dan Mokhzani, SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981, iaitu tahun pertama Mahathir dilantik sebagai perdana menteri.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker