Ugut wakil rakyat kerana hanya beri angpau RM5
Ugut wakil rakyat kerana hanya beri angpau RM5
Empat lelaki ditahan selepas disyaki melakukan pemerasan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Julau Larry Sng kerana tidak puas hati diberi angpau RM5.
Ketua Polis Julau, Andam Sulin, berkata penahanan ke atas suspek dibuat 6 petang pada 12 Feb, sehari selepas Sng membuat laporan berhubung kejadian.
Katanya, Sng mendakwa semasa beliau melawat kawasan Julau sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 11 Feb, empat suspek itu bercakap dengannya sambil menyatakan tidak berpuas hati dengan jumlah angpau diberikan.
Katanya, Sng kemudian bersetuju menambah jumlah angpau, namun suspek masih membuat provokasi terhadap pekerjanya.
“Hasil siasatan mendapati semua suspek dikatakan tidak berpuas hati disebabkan angpau yang diberikan oleh pengadu berisi RM5 saja.
“Suspek mengisikan angpau dengan duitnya sendiri berjumlah RM10 lalu memulangkannya kepada pengadu sebagai tanda tidak berpuas hati dan dipermalukan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, sehubungan itu semua suspek berkenaan direman tiga hari untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. FMT
Ugut wakil rakyat kerana hanya beri angpau RM5
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap
You must be logged in to post a comment.