Makin ramai Melayu ke SJKC, jangan bimbang – Anuar Ahmad

Makin ramai Melayu ke SJKC, jangan bimbang – Anuar Ahmad

Ahli akademik berpandangan kebimbangan “masa depan” sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) ekoran kadar kelahiran rendah dalam komuniti etnik itu tidak berbangkit kerana kekosongan “ditinggalkan” boleh diisi pelajar bukan Cina.

Mengulas kebimbangan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Anuar Ahmad berkata sekolah aliran Cina kini menjadi pilihan kaum lain khususnya Melayu kerana ada ibu bapa mendakwa sistem pendidikannya lebih berkualiti berbanding sekolah kebangsaan (SK).



“Saya tidak bimbang kerana kemerosotan ini sebenarnya akan ditampung murid bukan Cina.

“Akhirnya kita dapat lihat SJKC sama seperti sekolah aliran kebangsaan kerana bilangan murid semakin bercampur antara Melayu, Cina, India, dan Bumiputera,” kata setiausaha kluster pendidikan dan pembangunan modal insan Majlis Profesor Negara itu kepada FMT.

Selasa lalu, Sim dari PKR membangkitkan persoalan sama ada SJKC dapat bertahan susulan kadar kelahiran dalam komuniti itu hanya sekitar 40,000 orang pada 2022, kurang 10% daripada keseluruhan 423,124 bayi dilahirkan pada tahun itu.

Katanya, dalam tempoh lima tahun akan datang, bayi terbabit akan memasuki darjah 1 dan terdapat 1,200 SJKC untuk dipilih, bermakna secara purata hanya 33 murid baharu bagi setiap sekolah vernakular itu.



Anuar berkata di sebalik kesan jangka panjang kepada SJKC itu, Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa sama perlu meningkatkan kualiti SK.

“Kebimbangan sekarang ini ialah selain murid Cina tidak ke sekolah kebangsaan kita juga lihat trend murid Melayu pergi ke sekolah Cina, mengapa tidak ke sekolah kebangsaan?,” soalnya.

Tegasnya, menjadi tanggungjawab KPM mengenal pasti punca terbabit dan segera mencari penyelesaian untuk kembali meyakinkan ibu bapa menghantar dan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama.

“Kita kena pastikan ibu bapa keturunan Melayu, Bumiputera malah semua etnik sepatutnya memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan mereka kerana ia dibiayai kerajaan dan menyediakan sistem pendidikan arus perdana tetapi kita tengok trendnya tidak begitu.



“Ada (murid) ke sekolah Cina… murid Cina pula ke sekolah antarabangsa. Kita tak mahu nanti bilangan murid banyak di sekolah antarabangsa walhal sepatutnya kita meramaikan murid di sekolah kebangsaan.”

Sementara itu, Hasnah Toran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpandangan status sekolah kurang murid (SKM) boleh diubah suai menjadi pusat intervensi awal untuk murid berkeperluan khas.

“Kalau dah tak ramai murid, sekolah ini boleh diubah suai mengikut keperluan semasa.

“Sekolah berstatus SKM juga boleh digunakan untuk menampung murid di sekolah padat yang berlaku di aliran perdana ketika ini,” katanya merujuk kemungkinan lebih banyak SJKC menjadi SKM. FMT



Makin ramai Melayu ke SJKC, jangan bimbang – Anuar Ahmad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker