Wan Rosdy umum rombakan kecil exco Pahang

Wan Rosdy umum rombakan kecil exco Pahang

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan penyusunan semula portfolio exco kerajaan Pahang.

Rombakan itu melibatkan pelantikan Adun Bebar Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff sebagai exco kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau.

Portfolio ini kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Johari Harun akibat nahas pesawat Elmina pada Ogos tahun lalu.

Mohammad Fakhruddin sebelum ini merupakan exco kerja raya, pengangkutan dan kesihatan Pahang.

Sementara itu, Adun Muadzam Shah, Razali Kassim dilantik menjadi exco kerja raya, pengangkutan dan kesihatan.

Adun Pelangai Amizar Abu Adam pula mengambil tempat Razali apabila dilantik menjadi exco hal ehwal Felda, koperasi dan usahawan negeri.

“Penyusunan portfolio ini berkuatkuasa serta-merta,” kata menteri besar Pahang pada satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata dengan penyusunan semula portfolio tersebut, pentadbiran kerajaan Pahang akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini. Mk

Wan Rosdy umum rombakan kecil exco Pahang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker