Bekas Peguam Besar Negeri Sarawak Tidak Layak Siasat Tommy?

Oleh Nurul Aisyah

Buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk `My Story: Justice in The Wilderness’ boleh dianggap sebagai bukti terdapat komplot menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Banyak laporan polis telah dibuat oleh ramai pihak sebelum ini maka
satu pasukan petugas khas telah dipersetujui dan ditubuhkan Jemaah Menteri bagi menyiasat dakwaan buku tulisan bekas Peguam Negara tersebut.



Pasukan petugas khas yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 29 Okt lalu akan membuat kajian awal berhubung dakwaan dalam buku terbabit. Dakwaan itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman, pendakwaan terpilih dan sebagainya.

Pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan Penasihat Undang-undang dan bekas Peguam Besar Sarawak Fong Joo Chung selain dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Junaidah Kamaruddin.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Jagjit Singh serta dua peguam Shaharudin Ali dan K Balaguru selain wakil-wakil daripada kementerian/jabatan berkepentingan.

Antaranya seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).



Katanya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa tersebut.

Dalam masa yang sama, polis juga telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut.

Ironinya, Tommy telah menulis kepada pengerusi pasukan petugas khas bahawa dia tidak akan memberi kerja sama bagi siasatan terhadap salah laku dia dan Mahathir yang campur tangan dalam isu lantikan dan pengubahan hakim-hakim serta dakwaan terpilih berdasarkan kepentingan politik semasa dia memegang jawatan Peguam Negara.



Antara alasan Tommy tidak mahu bekerjasama dengan Pasukan Khas adalah kedudukan pengerusi dan ahli-ahli dalam pasukan tersebut adalah di bawah Tommy.

Dengan sebab itu, mereka dikatakan tidak layak untuk siasat Tommy.

Adakah Tommy sangat “besar” sehingga Bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan ahli-ahli dalam pasukan Petugas Khas tidak layak menyiasat beliau? wow!!!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker