Pemandu lori mabuk lawan arus hampir membunuh beberapa nyawa

ISKANDAR PUTERI: Tindakan seorang pemandu lori melawan arus di lebuh raya Linkedua-Tanjung Kupang di sini, hari ini nyaris meragut nyawa beberapa pengguna jalan raya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sebelum kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Kupang.

itu pada jam 4.31 petang hari ini.



Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian dengan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syuhaidy Fazly Yahya.

“Kemalangan membabitkan lori lima tan yang dipandu melawan arus sebelum merempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz E250 dan kereta jenis Nissan Almera.

“Pemandu kereta Mercedes Benz E250 iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan.

“Lelaki berusia 41 tahun yang memandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.



Beliau berkata, pemandu kereta Nissan Almera iaitu seorang wanita berusia 46 tahun juga selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pemandu lori berkenaan didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan sebaik tiba di R&R Gelang Patah menghala ke selatan, suspek lori terlepas susur ke PTP.



“Dia kemudian memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta yang berada di laluan itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof



Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker