‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]

Taylor Swift (kanan) berpelukan dengan kekasih Travis Kelce selepas pasukan Chiefs dinobatkan sebagai juara kejohanan sukan bola sepak terbesar Amerika, Super Bowl 2024.

BERCIUM dengan teman lelaki Travis Kelce sejurus selepas pasukan lelaki itu, Kansas City Chiefs menjuarai kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika, Super Bowl 2024, penyanyi ternama Taylor Swift sekali lagi menerima kecaman hebat.

Ramai peminat tidak berpuas hati terhadap Swift apabila dia dilihat sengaja mencuri tumpuan dalam sukan nombor satu Amerika Syarikat itu sedangkan yang bertanding adalah kekasihnya.

“Kenapa bola sepak Amerika jadi tentang Taylor Swift? Dia kelihatan keliru dan tak tahu apa-apa tentang sukan itu.

“Baik letakkan fokus kepada para pemain yang bermati-matian bermain atas padang bukan wanita yang sekadar tunjuk minuman bergelas setiap kali kamera dibidik ke arah dirinya,” demikian antara komen peminat dalam media sosial.

TAYLOR (dres hitam) dikecam kerana berkucupan dengan kekasih, Travic Kelce selepas pasukan Kansas City Chiefs menjuarai kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika, Super Bowl 2024. – GETTY IMAGES.

Adele backup 

Minggu lalu, Taylor menerima kecaman hebat netizen apabila dikatakan tidak menunjukkan rasa hormat terhadap legenda Celine Dion ketika menerima trofi Album Terbaik pada Grammy Awards ke-66.

Bagaimanapun, penyanyi Britain Adele tetap mempertahankan Swift yang menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen.

“Kalian yang sibuk mengecam Swift kerana hadir ke perlawanan memberi sokongan kepada kekasihnya, tolong, get a life! (cari bahagia hidup sendiri!),” ujarnya dalam satu persembahan sebelum ini.

Terdahulu, Kansas City Chiefs diangkat sebagai juara Super Bowl LVIII usai mengalahkan San Francisco 49ers dengan skor 25-22 di Stadium Allegiant, Nevada, Amerika Syarikat.

Usher hebat main rollerblade!

Pentas stadium dimeriahkan persembahan Halftime Show dengan kemunculan penyanyi Usher yang cemerlang mendendangkan seleksi hitnya seperti Caught UpU Don’t Have a CallLove In This Club dan banyak lagi dalam tempoh hampir 13 minit.

Lama mendiamkan diri disebabkan skandal seks, Usher dipuji ramai selepas mengadakan persembahan hebat di pentas Haltime Show Super Bowl 2024.

Selain menghadirkan persembahan penuh bertenaga dengan pertukaran busana luar biasa, Usher atau nama sebenarnya, Usher Raymond IV mencuri perhatian audiens dengan menanggalkan baju ketika melakukan persembahan, sekali gus mempamerkan badan kekar kepada lebih 60,000 penonton di stadium.

Lelaki berusia 46 tahun itu turut mengimbau nostalgia apabila menari dan menyanyi seraya menggunakan rollerblade atau kasut roda ketika mendendangkan lagu popularnya.

Turut mencuri tumpuan juga adalah kelibat penyanyi legenda, Alicia Keys yang juga pemenang 16 trofi Grammy ketika berduet dengan Usher menyanyikan lagu malar hijau,  My Boo.

Aksi Usher bersama pasangan duetnya, Alicia keys usai mendendangkan lagu hit mereka, My Boo di pentas Super Bowl 2024.

Bagaimanapun, vokal Alicia ketika menyanyikan lagu tersebut yang dimedleykan dengan dentingan piano lagu If I Ain’t Got You beberapa kali ‘tergelincir’ sekali gus membuatkan ramai mengkritik aksinya di pentas Super Bowl.

“Alicia Keys patut minum air lemon sebelum memulakan nyanyian atau persembahan,” itu antara komen ditinggalkan netizen dalam aplikasi X.

Super Bowl 2024 atau LVIII dihadiri ramai penghibur berstatus ‘papan atas’ Hollywood termasuklah, Beyonce, Lady Gaga, Lana Del Rey, Blake Lively, Justin Bieber, Ciara dan ramai lagi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker