Umno tidak boleh ‘move on’ jika pemimpin pentingkan diri

Umno tidak boleh ‘move on’ jika pemimpin pentingkan diri

Umno tidak boleh move on jika pemimpin parti hanya mementingan dirinya sendiri, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Jelasnya Umno sememangnya wajib move on, namun tidak boleh mengabaikan pandang ataupun perasaan akar umbi parti.



“Tetapi Umno tidak boleh move on jika pemimpin pentingkan dirinya. Asalkan dia selamat dan tidak diganggu.

“Sebab itu jangan pandang ringan perasaan akar umbi. Jika mereka berkecil hati dan membuat protes senyap parti tidak boleh move on.

“Umno tidak perlu pemimpin raja formula. Formula hanya untuk dia sahaja yang bangkit tetapi bukan untuk partinya yang bangkit.

“Ada pemimpin bersuara pun tidak bila Najib (Razak) tidak diberi perbicaraan adil dan bila (Ahmad) Zahid (Hamidi) dizalimi dengan pendakwaan terpilih. Dia benefisiari ketika Umno susah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.



Bagaimanapun Mohd Puad tidak menjelaskan maksud move on itu ditujukan pada siapa.

Dua hari lalu, Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani berkata ahli Umno perlu “move on” dengan menerima keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pengurangan hukuman Najib.

Menurutnya yang juga adalah pengerusi Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, demi kelangsungan parti, akar umbi Umno perlu bangkit, khususnya menggandakan usaha untuk membaik pulih parti secara menyeluruh.

“Kita kena terimalah apa saja keputusan dibuat Lembaga Pengampunan.



“Kita sebagai ahli Umno kena akur kepada keputusan (terbabit) dan ‘move on’ (meneruskan langkah ke hadapan)… (agenda sekarang) adalah menguatkan semula parti,” katanya selepas menghadiri perjumpaan tertutup presiden Umno bersama ketua-ketua bahagian.

Bagaimanapun semalam Zaid Ibrahim yang juga bekas peguam kepada Najib berkata Umno tidak boleh move on begitu saja.

Sebaliknya, kata Zaid, Umno perlu mendesak supaya Najib dibebaskan dan mendapat perbicaraan yang adil. Mk

Umno tidak boleh ‘move on’ jika pemimpin pentingkan diri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker