Tegur ‘kacang hantu’ masing-masing – Zahid

Tegur ‘kacang hantu’ masing-masing – Zahid

Presiden Umno Zahid Hamidi meminta parti-parti kerajaan menegur anggota masing-masing yang mengkritik pengurangan hukuman terhadap Najib Razak.

Mengakui dalam Umno sendiri turut ada “kacang hantu”, Zahid berkata perkara itu bukan pendapat rasmi kerana tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama.



“Minta ketua parti tegur ahli parti yang berkenaan untuk tarik balik, padam tulisan mereka dan mohon maaf atas keterjelanuan.

“Saya harap perkara ini dapat meredakan (keadaan),” katanya kepada pemberita.

Dia yang juga timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan desa dan wilayah berkata demikian selepas menyampaikan amatnya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Amanat itu disampaikan kepada pengerusi, anggota lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif syarikat milikan kementeriannya.



Terdahulu Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun. Denda RM210 juta pula dikurangkan kepada RM50.

Bagaimanapun jika gagal membayarnya, hukuman penjara akan ditambah setahun lagi.

Setakat ini beberapa pihak tampil menyatakan rasa tidak senang dengan keputusan itu, termasuk Bersih, bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Bahri Mohammad Zin serta bekas pemimpin pusat DAP Tony Pua. Mk

Tegur ‘kacang hantu’ masing-masing – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker