Isteri Taib Mahmud nafi bawak lari bekas Yang di-Pertua Sarawak dari hospital

Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Sarawak Taib Mahmud menafikan dia membawa Taib keluar dari hospital, bertentangan dengan nasihat doktor.

Dalam satu hantaran di Instagram, Raghad Kurdi Taib berkata perkara itu tidak benar dan mendakwa dia boleh membuktikannya, iaitu menerusi nota tulisan tangan jururawat.

Taib dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, Sarawak.

Menurut nota yang dikongsi Raghad, pada jam 1.40 tengah hari Sabtu, doktor dimaklumkan yang Raghad ingin membawa Taib pulang dan seorang doktor mengambil maklum permintaan itu.

Kemudian pada pukul 1.45 tengah hari, seorang doktor berkata infusi perlu dilakukan sebelum Taib dibawa keluar.

Pada pukul dua petang, nota tersebut mencatatkan vital Taib ketika itu, dan mengakhiri nota itu dengan catatan “awaiting to discharge (menunggu untuk dikeluarkan)”.

Nota ini ditafsir seorang pekerja kesihatan untuk Malaysiakini.

Menurut laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor, pada lewat Sabtu Raghad didakwa mencabut alat perubatan yang dipasang di tubuh Taib tanpa memaklumkan kepada hospital.

Dia kemudian diletakkan di kerusi roda dan dibawa keluar dari hospital.

Laporan itu dibuat beberapa jam selepas insiden tersebut.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan berkenaan perkara itu.

Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan dibuat pada Ahad lalu berdasarkan laporan pertama.

Menurut laporan polis kedua, tiada adik beradik Taib mahupun empat anaknya dimaklumkan berkenaan lokasi dan keadaan kesihatan bekas ketua menteri Sarawak itu.

Taib menjadi ketua menteri Sarawak sejak 1981 hingga 2014 sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Dia sepatutnya memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

Namun, tempoh perkhidmatannya dipendekkan selepas pelantikan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke jawatan itu.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Tahun lalu, seorang anak Taib, Sulaiman Abdul Rahman memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang saham sebuah syarikat dipindah milik kepada Raghad.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker