Menjenama sebuah parti politik

Elon Musk melantunkan ideanya bahawa “Jenama adalah persepsi, dan persepsi akan memadankan dirinya dengan realiti mengikut arus peredaran masa.”

Boleh jadi kita berasa dia sedang memperkatakan tentang idea gila berkenaan penerokaan dan pengembaraan angkasa SpaceX miliknya.

Bagaimanapun apabila dia menyudahkan kenyataannya itu dengan berkata, “Ada masa persepsi akan berada di depan, ada kalanya ia akan berada di belakang”; saya meyakini bahawa ia adalah suatu mantra yang boleh dijadikan formula politik untuk dimanfaatkan oleh kita.

Saya kini bukanlah seorang ahli parlimen atau Adun yang mempunyai konstitusi. Justeru sekarang saya lebih banyak mengambil peluang ruang dan masa yang ada untuk mengembara dan merefleksi gerakan parti politik yang masih saya perjuangkan untuk sama-sama kita renungi – Umno.

Catatan ini saya tulis di Cengkareng, sebuah daerah dalam wilayah Jakarta, sewaktu melihat pesta demokrasi yang sedang hangat diraikan di seluruh bandar dan ceruk kampung di seluruh Indonesia. Saya teringat apa yang dikatakan Elon Musk tadi.

Penulis di Cengkareng, Jakarta

Elon Musk percaya  jenama adalah suatu tanggapan atau persepsi yang dicipta, boleh jadi mitos, namun suatu masa ia akan berhadapan dengan realiti dengan masyarakat.

Dalam politik, naratif jenama boleh dicipta menerusi manifesto, kempen, tingkah laku pembawaan pemimpin. Namun sampai suatu masa rakyat akan menemui realiti sebenar.

Umno adalah sebuah parti politik yang lama bergelumang dengan sepak terajang politik dan pentadbiran dalam kerajaan. Harapan jenama  ‘Memenangi Hati Rakyat’ semakin terhakis akibat beberapa hal dan isu yang telah mengguris hati rakyat.

Sungguh pun hal-hal itu belum tentu betul kebenarannya, namun telah kita saksikan seandainya ia dibiar dan tidak ditangani dengan persepsi serta naratif yang betul, akhirnya rakyat menjatuhkan hukum dalam peti undi. Ini telah berlaku dalam beberapa siri pilihan raya yang lalu. Rakyat beranggapan jenama Umno tidak sama dengan realitinya.

Semua mengetahui Umno sudah mula ada penyusutan sokongan semenjak dari tahun 2008 lagi dengan kehilangan Selangor.  Umno harus menerima realiti bahawa kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya umum tahun itu adalah kerana kegagalan menarik perhatian masyarakat dan memenangi hati naluri rakyat.

Nah kalau di Kelantan ia sudah pun berlaku lebih dulu lagi iaitu pada sekitar tahun 1990. Kini Umno dengan pencapaian memiliki kerusi paling kecil iaitu 26 kerusi yang diperoleh pada tahun 2022, tentulah ada sesuatu yang berlaku dan harus diperbetulkan.

Gerakan yang cerdik

Namun jangan apologetik, biar pun Umno dengan hanya 26 kerusi (BN-30) di Dewan Rakyat ia tetap mempunyai bargaining power kepada senario politik negara. Justeru kerusi TPM dan beberapa kerusi menteri kabinet diserahkan kepada Umno.

Ini adalah gerakan yang cerdik.

Realiti kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa Umno yang merudum ini perlu dipulihkan. Malah ia harus segera sihat dan kembali dapat berlari menjadi sebuah parti yang berpengaruh dalam kalangan orang Melayu kerana semangat perjuangannya yang tidak pernah berbelah bagi.

Dalam gerakan massa, penjenamaan adalah penting. Seandainya Umno mahu terus kembali memenangi hati rakyat, jenama identiti yang yang baru haruslah diciptakan.

Naratif baharu dan visual-visual yang mampu mengembalikan keseronokan pada para penyokong tradisi Umno harus tidak lagi dilengahkan.

Langkah pertama yang seharusnya dilakukan oleh ahli-ahli Umno, sebelum mengisi sekian banyak kelompongan kekuatan dan keciciran pengaruh dalam persaingan politik, ialah menerima hakikat ‘real‘ politik  bahawa Umno bukan lagi parti yang berada dalam zaman kegemilangan era sebelum 90-an. Kita adalah sebuah parti yang sedang merudum, dan berada bersama kerajaan Madani adalah masa mengubat dan memulihkan parti.

Umno telah kehilangan banyak sekali undi-undi tradisi yang berpindah kepada Pas dan Bersatu. Justeru memulakan naratif-naratif yang tepat dan sesuai untuk disampaikan kepada kumpulan sasaran adalah penting dan mutlak.

Mesej utama memberitahu ahli dan penyokong bahawa bersama Kerajaan Madani ini adalah cara kita memanfaatkan peluang-peluang politik berbanding menjadi pembangkang total dengan pelbagai kekangan dan kekurangan.

Langkah kedua, Umno harus turun ke akar umbi menerangkan mengenai perdamaian politik. Inisiatif Umno yang bergerak secara bersama dengan rakan kongsi dalam Kerajaan Madani hari ini adalah sebagai menyahut seruan perpaduan dari Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Rakan kongsi ini seharusnya tidak akan menyerang satu sama lain, dan hanya menonjolkan sisi bekerja untuk rakyat.

Langkah ketiga adalah memulakan aktiviti-aktiviti susulan yang membawa kembali penyokong tradisi Umno.  Umno juga harus mengambil hati kumpulan muda dalam undi 18 yang memiliki kerapuhan dinamik politik yang sukar untuk mana-mana parti politik jangka dan duga.

Dinamik politik tidak bermakna segalanya telah berubah. Idea Fukuyama mengenai politics identity yang dikaitkan dengan perjuangan politik  berasaskan kaum dan bangsa masih relevan. Khususnya dalam konteks politik di Malaysia.

Jatuh bangun dan turun naik parti politik adalah sesuatu yang lumrah. PRU 1986, PAS pernah hanya menang satu kerusi di Pengkalan Chepa. PKR yang mengetuai kerajaan hari ini pula pernah hanya menang satu kerusi di Permatang Pauh pada PRU 2004.

Umno ada kekuatannya sendiri. Umno mempunyai struktur sehingga ke akar umbi yang mirip parti Golkar di Indonesia.

Tapi ingatlah, sungguh pun Golkar sebuah parti yang memiliki kekuatan struktur akar umbi, namun mereka masih belum pernah bangun mengemukakan calon Presiden dari partinya sendiri. Ini iktibar kita.

Persoalannya, adakah semua pemimpin Umno serius mahu melakukan perubahan untuk merealisasikan penjenamaan semula Umno ini?


BUDIMAN MOHD ZOHDI, penasihat SLR Institute. Bergiat aktif dalam penyelidikan propaganda dan penjenamaan politik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker